Kerjaya Lia Aziz

Lia memulakan kerjaya muziknya di usia 17 tahun dan banyak membuat saduran lagu popular di Instagram. Bakatnya menarik perhatian syarikat rakaman Rusa Music dan menawarkannya peluang menjadi penyanyi rakaman.[1] Dalam temubual bersama Harian Metro pada Disember 2020, Lia berkata, video nyanyian yang pernah tular di media sosial ialah lagu "Empat Dara". "Pada mulanya, bimbang juga nak buat keputusan untuk menerima tawaran menjadi penyanyi kerana saya masih remaja dan kurang pengalaman. Ditambah, saya pun banyak menyanyi di Instagram sahaja," katanya.[1]

Di bawah payung Rusa Music, Lia melancarkan single pertamanya, "Kucu Kuca" pada 24 Mac 2021 yang berkonsepkan pop, ciptaan vokalis kumpulan Azzara Band, Ejai Aziz.[4] Lagu ini dipilih sebagai muzik tema untuk drama Rindu Awak Separuh Nyawa lakonan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Beliau kemudian melancarkan single keduanya, "Pergilah Derita" menampilkan duet bersama Asfan Shah. Lagu ini menjadi lagu tema drama Cukup Derita Itu lakonan Ruhainies Farehah dan Hisyam Hamid.[5]

Lia juga berkecimpung dalam bidang lakonan dengan memebintangi drama web Rusa After Class yang ditayangkan di saluran YouTube Rusa Music dan laman Facebook Hotlink. Ia turut dibintangi oleh Azzam Sham, Adilia Hilda, Reedzwann, Beby Acha dan Sheryl Shazwanie.[6]

Rujukan

WikiPedia: Lia Aziz https://www.instagram.com/lia.aziz/ https://twitter.com/@liaaazizz https://www.hmetro.com.my/rap/2020/11/646864/tuah-... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/05/711034/penan... https://www.hotlink.com.my/ms/campaigns/rusa-after... https://www.kosmo.com.my/2021/07/09/tuah-kucu-kuca... https://www.kosmo.com.my/2021/10/16/lia-aziz-gembi... https://www.kosmo.com.my/2022/01/19/big-stage-2022... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/05... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/10...